fbpx

Hanya 29 peratus keluar mengundi sehingga 11 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Ghani pada sidang akhbar di SK Aminuddin Baki, Tanjung Malim hari ini.

TANJUNG MALIM – Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim sehingga pukul 11 pagi adalah sebanyak 29 peratus.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hasil tinjauan pihaknya di tiga lokasi tempat mengundi iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Trolak Utara, SK Trolak Selatan dan SK Aminuddin Baki mendapati warga emas ramai yang keluar awal untuk mengundi.

“Berlaku sedikit kesesakan apabila para pengundi hadir bersama keluarga masing-masing namun keadaan masih terkawal.

“Sehingga pukul 11 pagi, peratusan mengundi adalah sebanyak 29 peratus dengan hampir 10 peratus keluar mengundi pada setiap jam,” katanya pada sidang akhbar di SK Aminuddin Baki di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai insiden beberapa pengundi yang dihalang masuk kerana memakai seluar pendek, Abdul Ghani berkata, berlaku sedikit silap faham dan perkara itu telah dijelaskan petugas SPR.

“Jika diikutkan tiada masalah untuk para pengundi memakai seluar pendek. Apa yang tidak dibenarkan hanyalah pakaian yang mempunyai lambang parti bertanding dan pakaian menjolok mata,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI