fbpx

Econsave ringankan beban keluarga Imam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mas Imran menyerahkan sumbangan kepada Imam (kiri) yang terpaksa berhenti kerja demi menjaga isterinya yang terlantar akibat kemalangan jalan raya.

JOHOR BAHRU – Pasar Raya Econsave Cash & Carry (Econsave) tampil meringankan beban keluarga Imam Baydowi yang terpaksa berhenti menjaga isterinya akibat kemalangan jalan raya 8 Ogos lalu.

Pengurus Besar Econsave Wilayah Selatan, Mas Imran Adam berkata, pihaknya terpanggil untuk menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) selepas laporan akhbar Kosmo! hari ini.

“Kita tampil menghulurkan sedikit sumbangan seperti susu khas, lampin pakai buang serta barangan keperluan harian untuk keluarga saudara kita, Imam yang sedang berdepan dengan ujian.

“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban keluarga ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Taman Damai Jaya, Skudai di sini hari ini.

Hadir sama menyampaikan sumbangan ialah Pegawai Khas kepada Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Gelang Patah, Jamaludin Samud.

Sementara itu, Imam, 32, melahirkan rasa syukur apabila ramai pihak tampil membantu meringankan beban mereka sekeluarga selepas kisahnya yang terpaksa berhenti kerja bagi menjaga isterinya disiarkan Kosmo! hari ini.

Dalam laporan itu, Imam terpaksa berhenti kerja sebagai penghantar barang selepas isterinya, Nur Hana Ismail, 27, terlantar akibat terjatuh motosikal ketika mereka dalam perjalanan pulang dari Bandar Baru Uda ke rumah sewa di Taman Damai Jaya, Skudai.

Selain menjaga isterinya, Imam turut menanggung lapan lagi ahli keluarganya termasuk empat anak lelaki serta ibu mentua. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI