fbpx
DOUBLE DIAMOND dibida pada harga permulaan RM58,030. – DAILY MAIL

Biri-biri baka Texel paling mahal, berharga RM2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

EDINBURGH, Scotland – Seekor biri-biri dijual pada harga £365,000 (RM2 juta) dalam acara lelongan di Scotland kelmarin sekali gus biri-biri paling mahal di dunia, lapor akhbar Daily Mail.

Biri-biri baka Texel ber­nama Double Diamond itu merupakan satu daripada 19 ekor biri-biri yang dilelong dengan harga bidaan bermula £10,500 (RM58,030).

Namun, lelongan Double Diamond menjadi sedikit tegang ekoran perang bidaan berlaku yang menyaksikan harganya meningkat lebih £300,000 (RM1.6 juta).

Biri-biri itu dilelong pembiak baka terkenal, Charlie Boden.

Double Diamond akhirnya menjadi milik tiga pemilik ladang ternakan iaitu Alan Blackwood, Maybole dan Messrs Teward secara perkongsian.

Sementara itu, biri-biri kedua termahal bernama Hexel Django­ dilelong pada harga £68,000 (RM375,819).

Biri-biri termahal sebeum ini adalah seekor biri-biri berusia lapan bulan, juga baka Texel, berharga £231,000 (RM1.3 juta) yang dijual pada 2009.

Biri-biri baka Texel berasal dari Pulau Texel di Belanda. Baka tersebut terkenal bagi tujuan pembiakan kerana dagingnya yang berkualiti tinggi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI