fbpx

PKPP dilanjutkan sehingga 31 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu diambil ekoran situasi negara yang masih berhadapan dengan risiko penularan Covid-19 menerusi kluster Sivagangga, Tawar dan Sala di negeri Kedah, Sanglang di Perlis dan juga kluster di negeri Sarawak baru-baru ini.

Ujar beliau, kerajaan masih memerlukan mekanisme undang-undang untuk meneruskan usaha mencegah dan mengawal penularan wabak Covid-19.

“Justeru, demi kepentingan saudara-saudari sekalian, kerajaan telah memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dilanjutkan sehingga 31 Disember.

“Dengan pelanjutan tempoh PKPP, tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 masih boleh diambil. Ini adalah untuk memastikan semua pihak mematuhi Prosedur Operasi Standard dan protokol kesihatan yang ditetapkan,” katanya dalam Perutusan Khas PKPP yang disiar secara langsung sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI