fbpx

Super KIP terpaksa potong jari kelingking

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRUL IDHAM berharap kecederaannya dapat segera pulih sekali gus membolehkannya beraksi pada GP San Marino di Litar Misano bermula 11 hingga 13 September depan.

DEMI semangat untuk mengibarkan bendera Malaysia ke persada dunia, pelumba muda negara, Khairul Idham Pawi tidak putus semangat meskipun terpaksa hilang satu jari untuk meneruskan kariernya pada saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) dalam kelas Moto3.

Khairul Idham yang terkenal dengan jolokan Super KIP selamat menjalani pembedahan Selasa lalu bagi melakukan pembedahan membuang jari kelingkingnya selepas mengalami kecederaan ketika sesi latihan bebas Grand Prix (GP) Republik Czech 8 Ogos lalu.

Kecederaan tersebut berlaku sama pada jari kelingkingnya yang sebelum ini hancur ketika beraksi pada GP Sepanyol tahun lalu.

Super KIP berharap dengan pembedahan tersebut dia mampu kembali fokus untuk mencari kejayaan dan mampu menyerlah kembali seperti dilakukannya pada musim 2016 yang  meraih dua kemenangan di GP Jerman dan Argentina 

“Jari saya tidak boleh bengkok sejak tahun lepas sebab terdapat skru tertanam pada jari saya ini. Semasa saya jatuh ketika di Brno tempoh hari, keadaan jari saya semakin serius. Pembedahan terpaksa dilakukan.

“Memang sukar untuk membuat keputusan tetapi demi masa depan, saya terpaksa memotong jari ini. Jika saya kekalkan jari ini kemungkinan akan berdepan kecederaan sama sekiranya terlibat dalam insiden yang serupa.

“Fikiran saya sering terganggu dengan jari ini kerana saya terpaksa menunggang dalam keadaan berhati-hati. Saya harap dengan pembedahan kali ini, isu itu tidak timbul lagi dan saya boleh fokus kembali berlumba. Saya tidak mahu ia terus menghantui saya.

“Saya akan berjumpa dengan doktor pada Isnin nanti dan berharap mampu cepat sembuh untuk meneruskan perlumbaan di Misano nanti,” kata Khairul Idham.

Khairul Idham yang memenangi GP Jerman dan Argentina pada 2016 dalam saingan Moto3 dinaikkan pangkat untuk beraksi di pentas Moto2 bersama pasukan Honda Team Asia bagi menggantikan tempat pelumba Thailand, Ratthapark Wilairot.

Prestasi Khairul Idham merosot selepas hanya meraih satu mata ketika beraksi secara penuh pada tahun 2017 dan 2018. 

Pada musim 2019, dia hanya beraksi tiga pusingan awal selepas mengalami kecederaan serius di jari kelingkingnya pada GP Sepanyol sehingga memerlukan dua kali pembedahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI