fbpx

Sekatan jalan raya mulai tengah malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan Ambangan Heights, Amanjaya yang dikenakan PKPD Temco susulan penularan Covid-19 bagi Kluster Tawar.

Oleh OTHMAN YAHAYA

SUNGAI PETANI – Polis akan melakukan sekatan jalan raya dan menutup semua lorong tikus di  Amanjaya di sini mulai 12.01 tengah malam ini.

Sekatan jalan itu dilakukan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) susulan pandemik Covid-19 bagi Kluster Tawar.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah memberitahu, sekatan jalan akan diadakan di empat lokasi di Ambangan Heights yang melibatkan  Zon Melur, Kenanga dan Mawar.

“Sekatan jalan raya diadakan bagi mengekang individu yang diarahkan untuk kuarantin di rumah daripada melanggar arahan tersebut.

“Penutupan beberapa lokasi termasuk 11 laluan tikus juga telah dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, PKPD Temco itu juga melibatkan penggunaan kawat duri dan batu konkrit.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI