fbpx

Pusat Techno Lab projek perintis pendigitalan IKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Roslan (tengah) mengibarkan Jalur Gemilang selepas merasmikan Seminar Digitalisasi Dalam Kepimpinan Koperasi di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

PORT DICKSON – Ilmu pengetahuan berkaitan teknologi digital akan ditingkatkan dalam kalangan anggota koperasi di negara ini menerusi Pusat Techno Lab yang dibangunkan oleh Institut Koperasi Malaysia (IKM).

Ketua Pengarah IKM, Mohd. Roslan Bani Amin berkata, Pusat Techno Lab yang dikendalikan sepenuhnya oleh pusat ICT IKM itu akan dibangunkan bermula Oktober ini.

“Kami mahu menjadikan Techno Lab sebagai pusat rujukan kepada pemain-pemain industri koperasi membuat rujukan dan kami juga dapat membawa penyedia teknologi mempamerkan kepakaran mereka di Techno Lab dalam masa dua tiga bulan lagi.

“Kami menggalakkan untuk menyertai Techno Lab ini dan kami sedang bekerjasama dengan penyedia-penyedia industri dengan melibatkan 15 koperasi di Semenanjung Malaysia,” katanya selepas merasmikan Seminar Digitalisasi Dalam Kepimpinan Koperasi dekat sini hari ini.

Seminar yang berlangsung sehari itu bertujuan mendedahkan kemampuan revolusi industri keempat (IR 4.0) membantu kepimpinan ahli lembaga koperasi membuat keputusan dan perancangan perniagaan dengan tersusun dan realistik di samping mengurus koperasi dengan lebih cekap, telus dan amanah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN