fbpx

Projek rundingan terus PH hanya RM352 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendedahkan projek rundingan terus ketika era pemerintahan Pakatan Harapan (PH) hanya bernilai RM352 juta dan bukannya RM6.61 bilion seperti didakwa.

Mendedahkan perkara itu, Ahli Parlimen Bagan itu berkata, kebanyakan projek terbabit bukan merupakan inisiatif baharu PH, sebaliknya diwarisi daripada Barisan Nasional (BN).

Katanya, projek rundingan itu hanya diteruskan PH dengan membabitkan pemotongan kos bagi tujuan penjimatan.

“Projek di bawah PH bukanlah RM6.61 bilion, tetapi hanya RM352 juta atau 5.3 peratus daripada nilai yang diberitahu sebelum ini. Baki projek RM6.258 bilion merupakan projek diwarisi BN,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen di sini tadi.

Isnin lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan sebanyak 101 projek rundingan terus diluluskan PH dengan perolehan bernilai RM6.61 bilion. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI