fbpx

PKPD Temco Aman Jaya bermula tengah malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco)  akan dilaksanakan di Aman Jaya, Kedah berkuat kuasa tengah malam ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu diputuskan hari ini menerusi Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“PKPD itu akan berkuat kuasa pada pukul 12.01 malam, 28 Ogos 2020 hingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“PKPD Temco melibatkan 22,360 isi rumah itu akan dijalankan pada tiga zon di Aman Jaya antaranya ialah Kenanga, Mawar dan Melur,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini tadi.

Katanya, penduduk di zon terlibat tidak dibenarkan keluar dari zon mereka, manakala orang luar tidak dibenarkan memasuki zon berkenaan.

“Polis dan Angkatan Tentera Malaysia turut melaksanakan sekatan jalan raya dan kawalan di jalan keluar masuk zon terlibat selain arahan penutupan masjid, rumah ibadat dan sekolah,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI