fbpx

Lelaki Myanmar cuba bunuh isteri ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pisau dipercayai digunakan suspek untuk nencederakan isterinya baru-baru ini.

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga Myanmar ditahan polis semalam selepas dipercayai cuba membunuh isterinya di sebuah rumah di Jalan Bagan Jermal, Butterworth di sini pada Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari, suspek bersama seorang rakannya dikatakan mencederakan mangsa yang berusia 16 tahun menggunakan pisau pemotong daging sebelum melarikan diri ke kawasan ladang getah di Pendang, Kedah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek yang berusia 18 tahun baru berkahwin kira-kira dua bulan lalu.

“Siasatan awal mendapati, berlaku perselisihan faham berkaitan masalah rumah tangga, malah mangsa yang sedang hamil enam minggu turut diugut bunuh.

“Suspek turut menyuruh mangsa menggugurkan kandungannya dan mengesyaki mangsa melakukan hubungan sulit bersama lelaki lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kata Noorzainy, mangsa yang mengalami kecederaan pada leher masih menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI