fbpx

Kekayaan luar biasa Han Ye-seul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAN YE-SEUL

SEJAK bergelar pelakon sekitar tahun 2000, aktres jelita Han Ye-seul telah membintangi banyak drama dan filem. Dalam tempoh tiga tahun pertama bergelar artis, namanya sudah sebaris bintang popular lain.

Baru-baru ini, seorang YouTuber membuat pendedahan tentang sumber kewangan yang diperoleh aktres itu sepanjang bergelar selebriti.

Dalam kandungan video tersebut, Ye-seul dikenal pasti telah terlibat dalam tiga buah filem, 220 episod drama dan 99 iklan komersial.

Ye-seul dilaporkan menerima bayaran sebanyak 30 juta won (RM105,525) untuk setiap episod drama yang dibintanginya, sekali gus mendedahkan pendapatan diperoleh aktres itu untuk kesemua 220 episod dramanya lakonannya ialah sebanyak 6. 6 bilion won (RM21 juta).

Bayaran Ye-seul untuk setiap iklan komersial lakonannya pula 500 juta won (RM1.75 juta), menjadikan pendapatan untuk kesemua 99 buah iklan yang dibintanginya bernilai 49.5 bilion won (RM174 juta).

Selain pendapatan dari segi karier lakonan, kekayaan pelakon filem Penny Pinchers itu boleh dilihat daripada aset hartanah seperti kediaman mewah yang dimilikinya.

Dia dilaporkan membeli sebuah apartmen di kawasan elit di Seoul, selain beberapa buah tempat lain dengan anggaran bernilai 11.1 bilion won (RM39 juta).

“Hebat, bayaran satu episod dramanya sama dengan gaji setahun kebanyakan orang. Sangat gila,” tulis seorang peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN