fbpx

Gaduh Dataran Merdeka, 8 lelaki didenda RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian gaduh yang tular di Dataran Merdeka pada Ahad lalu yang melibatkan tertuduh.

KUALA LUMPUR – Lapan lelaki yang tular berhubung pergaduhan membabitkan kumpulan motosikal di Dataran Merdeka Ahad lalu didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali menjatuhkan hukuman denda itu selepas kesemua tertuduh mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan ke atas mereka.

Mahkamah turut memerintahkan mereka dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar jumlah denda itu dan kesemua membayar jumlah denda itu.

Mereka ialah, Mohamad Syahrul Azrai Mas Ringo, 18, Nasrin Superatekjo , 26, Mohd. Sharuddin Muhamad Sali, 26, Mohammad Azrul Effendy Azmi, 19, Muhammad Taufiq Zakaria, 22,  Muhammad Razif Razali, 21, Muhammad Dashrin Ashraff Ishak, 21, dan Muhammad Azizul Izwan Mohd. Saian ,22.

Sementara itu, turut didakwa atas kesalahan sama ialah tiga remaja lelaki bawah umur berusia 17 tahun, namun mahkamah menetapkan 28 September depan untuk laporan akhlak.

Mengikut pertuduhan pilihan kesemua mereka didakwa telah melakukan gaduh gempar dengan bergaduh di tempat awam.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Dataran Merdeka, Jalan Raja di sini pukul 1.29 pagi pada 23 Ogos lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 159 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 160 kanun sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang lain untuk tidak melakukan kesalahan sama.

“Dalam kes ini, kejadian berlaku di Dataran Merdeka yang mana tempat ini sepatutnya dijadikan tempat menyemai semangat patriotik bukan tempat bergaduh apatah lagi pada bulan kemerdekaan ini,” kata Wan Ahmad Hakimi.

Bagaimanapun peguam Mohammad Zaidi Othman yang mewakili tertuduh Mohamad Syahrul Nasrin, Mohd. Sharuddin, Mohd. Azrul, Muhammad Dashrin, Muhammad Azizul dan tiga remaja bawah umur memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan anak guamnya telah insaf selain pergaduhan itu tidak dirancang.

“Mereka juga memohon maaf dengan apa yang telah terjadi termasuk telah meminta maaf antara satu sama lain selepas kejadian,” kata peguam itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI