fbpx

6 anggota keselamatan didakwa bantu jenayah terancang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam anggota keselamatan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor hari ini.

KOTA TINGGI – Seorang pegawai tentera berpangkat Mejar merupakan antara enam anggota keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan membantu sindiket jenayah terancang Geng Otong.

Selain tertuduh, Mejar Zaifol Abdul Hamid, 43, turut didakwa adalah seorang lagi anggota tentera iaitu Sarjan Mohammad Riduan Razali, 35.

Turut dituduh empat anggota polis melibatkan berpangkat Koperal dan Lans Koperal iaitu Hong Tiong Khim, 24; Saddam Hussen Ismail, 29; Muhamad Safuan Taharin, 29, dan Mohd. Ariff Mustafa, 54.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Zahilah Mohamad Yusoff.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa membantu ahli kumpulan jenayah Geng Otong di daerah Kota Tinggi di antara 28 September 2017 hingga April 2020.

Pertuduhan dijalankan mengikut Seksyen 130W Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd. Ghani dan Rohaiza Abd. Rahman.

Dalam prosiding itu, Saddam Hussen dan Tiong Khim diwakili peguam bela, Lydiana Mansor manakala Muhamad Safuan dan Zaifol pula diwakili peguam Ahmad Yusri Ahmad Fuad.

Bagi tertuduh Mohd. Ariff pula diwakili peguam Jefri Jaafar dan peguam Farid Aziz mewakili tertuduh Mohammad Riduan.

Mahkamah tidak menetapkan sebarang jaminan kepada semua tertuduh dan menetapkan tarikh 15 Oktober ini sebagai sebutan semula kes.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI