fbpx

Remaja maut dihempap pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki maut selepas dihempap pokok dipotongnya dalam kejadian di Jalan Penempatan berhampiran tangki besar simpanan air Luyang.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Seorang lelaki maut selepas dihempap pokok yang dipotongnya dalam kejadian di Jalan Penempatan berhampiran tangki besar simpanan air Luyang hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Rainoid Mesayun, 18, yang juga pekerja kontrak disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan menerusi panggilan kecemasan MERS 999.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kita lihat memang terdapat seorang lelaki dalam keadaan terbaring dengan kecederaan parah di bahagian kepala dipercayai dihempap pokok.

“Saksi kejadian memaklumkan mangsa memotong pokok terbabit seorang diri.

“Bagaimanapun, mereka menjerit ke arah mangsa untuk melarikan diri apabila menyedari pokok berkenaan hampir tumpang.

“Tetapi mangsa lari ke arah yang salah dan terus dihempap pokok besar berkenaan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah dan tidak sedarkan diri akibat daripada kejadian itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Habibi berkata, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh doktor bertugas sekitar pukul 12.32 tengah hari sebelum mayat mangsa dibawa ke bilik mayat Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk tujuan ujian saringan Covid-19 dan bedah siasat.

Menurut beliau, kes setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI