KUALA LUMPUR – AMMB Holdings Bhd. (Kumpulan AmBank) merekodkan pendapatan berjumlah RM1.092 bilion bagi suku pertama (Q1) tahun kewangan semasa yang berakhir pada 31 Mac 2021, pertumbuhan 2.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Perbelanjaan dikawal baik pada RM538.6 juta, peningkatan sebanyak 1.9 peratus manakala kadar kos kepada pendapatan bertambah kukuh kepada 49.3 peratus berbanding 49.7 peratus setahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ambank, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi Kumpulan secara keseluruhan, dengan perolehan pada suku pertama melepasi paras RM1 bilion.
Jelasnya, ia disokong pendapatan kukuh daripada perdagangan dan pelaburan, yang telah mengurangkan kesan pemampatan margin keuntungan dan kerugian pengubahsuaian bersih daripada pinjaman serta pendahuluan di bawah moratorium.
“Kami secara aktif berhubung dengan pelanggan sebaik perintah kawalan pergerakan (PKP) dialihkan bagi memahami keperluan kewangan mereka dan menawarkan bantuan.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini semalam.
Impak daripada pelaksanaan moratorium selama enam bulan bermula 1 April lalu, Kumpulan mengalami kehilangan bersih berjumlah RM57.5 juta bagi Q1 2021.
Home » Prestasi AmBank kukuh pada suku pertama
Prestasi AmBank kukuh pada suku pertama
- Oleh KOSMO!
- 26 Ogos 2020, 9:40 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERITA BERKAITAN

Minta pandangan 3 bekas PM cara tambah pendapatan negara
6 Julai 2025, 10:55 am

Umur 20 tahun, pendapatan Cik B setengah juta sebulan
3 Julai 2025, 11:22 am

Agihan pendapatan ASB 3 Didik 5.25 sen seunit
30 Jun 2025, 5:50 pm

Gaji RM1,700 tak cukup di KL, lepas makan dan minum saja
23 Jun 2025, 9:00 am

Video palsu, Acryl Sani nafi terima bantuan kewangan daripada ‘Datuk’
22 Jun 2025, 10:59 am

Saya tidak mahu menyusahkan rakyat bawahan perkenal GST – Anwar
20 Jun 2025, 9:26 am

Bekas pengarah kewangan PBT disyaki guna dana RM50 juta
17 Jun 2025, 12:11 pm

Rasionalisasi subsidi RON95 diteruskan, tidak beban majoriti rakyat
16 Jun 2025, 4:42 pm