fbpx

59 individu ingkar PKP dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Seramai 59 daripada 81 individu yang ditahan polis semalam dikompaun atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) manakala 22 lagi direman.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 68,310 pemeriksaan dijalankan semalam menerusi Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Beliau berkata, ia membabitkan sebanyak 4,881 Pasukan Pematuhan terdiri daripada 16,827 anggota.

“Pemantauan dijalankan di 3,962 pasar raya, 5,269 restoran serta 1,337 penjaja, 1,671 kilang, 3,713 bank dan 1,073 pejabat kerajaan.

“Turut dipantau, sebanyak 1,183 terminal pengangkutan darat, 240 terminal pengangkutan air serta 114 terminal pengangkutan udara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, kata Ismail Sabri, PDRM telah mengadakan 298 pemeriksaan terhadap individu yang sedang menjalankan kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing dan kesemua individu yang dikuarantin telah mematuhi SOP yang ditetapkan.

“PDRM bersama petugas Kementerian Kesihatan akan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap individu-individu terbabit bagi memastikan SOP dipatuhi,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI