fbpx

Kementerian, agensi kerajaan agih Jalur Gemilang tidak salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIMBALAN Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin (kanan) bersama calon BN, Mohd. Zaidi Aziz pada program Santai Merdeka di Dewan Terbuka Kampung Kuala Slim hari ini.

TANJUNG MALIM – Kementerian dan agensi kerajaan yang mengagihkan bendera Malaysia kepada orang ramai sempena bulan Kemerdekaan tidak sepatutnya menjadi isu politik bagi pihak pembangkang, menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Menurut Zahidi, pengagihan Jalur Gemilang oleh Jabatan Penerangan itu dibuat atas kapasiti tugas mereka untuk menyalurkan maklumat dan semangat cintakan negara kepada rakyat tanpa mengira musim termasuk ketika pilihanraya.

“Apabila Menteri atau Timbalan Menteri turun padang, sudah tentu agensi berkaitan akan ikut sama namun kita tidak menggunakan peruntukan dan wang mereka untuk pengaruhi undi.

“Macam hari ini, saya datang untuk meninjau liputan jalur lebar di kawasan ini dan tentunya kita datang atas kapasiti urusan kerja. Pengagihan bendera Malaysia tidak boleh dikatakan pengaruhi undi kerana ini bulan kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program Santai Merdeka di Dewan Terbuka Kampung Kuala Slim di sini hari ini.

Tambah Zahidi, pihak pembangkang juga boleh mengagihkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi sambutan Kemerdekaan negara yang ke-63.

“Tidak kira musim pilihan raya atau tidak, semangat patriotik dan cintakan negara perlu diteruskan.

“Di Sabah sekarang pun kementerian dan agensi kerajaan ada membuat program pengagihan Jalur Gemilang ini. Jadi tidak timbul isu salah guna agensi kerajaan memandangkan itu tugas mereka,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI