fbpx

Dana BRF RM200 juta untuk usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Perbadanan­ Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) memperkenalkan inisiatif khas Pembiayaan Mudah Bumiputera (BRF) berjumlah RM200 juta bagi membantu usahawan bumiputera yang terjejas kesan akibat pandemik Covid-19.

Tawaran pembiayaan antara RM100,000 hingga RM1 juta itu ditawarkan kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera tempatan dengan anggaran pendapatan RM300,000 setahun.

Pengerusi PUNB, Tan Sri Noh Omar berkata, inisiatif daripada Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) itu bertujuan memastikan kemampuan dan kestabilan perniagaan PKS bumiputera dalam menghadapi perubahan norma pasaran ekonomi.

“Kami menjangkakan 1,000 usahawan menerima manfaat daripada pembiayaan ini bagi perbelanjaan operasi, modal kerja dan urusan berkaitan amalan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di kilang syarikat Mimoo Act Sdn. Bhd di Kampung Baru Subang, Seksyen U6 di sini semalam.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin.

Ujar Noh, BRF mengenakan kadar keuntungan 3.5 peratus setahun dengan tempoh pembayaran maksimum sehingga 5 tahun.

“Penerima turut diberikan penangguhan pembayaran selama enam bulan secara automatik bermula tarikh pengeluaran dana,” katanya.

Permohonan boleh dibuat bermula hari ini secara online menerusi portal PUNB iaitu www.punb.com.my manakala proses kelulusan mengambil masa 21 hari bekerja bagi pemohon yang mengemukakan dokumen lengkap.

 

Terdahulu, Noh menyerahkan cek pembiayaan berjumlah RM2 juta daripada PUNB kepada Mimoo Act, iaitu syarikat pembekalan bagasi dan beg milik bumiputera.

Dalam pada itu, Izwan berkata, pihaknya telah mengemukakan cadangan peruntukan berjumlah lebih RM200 juta kepada kerajaan untuk Belanjawan 2021.

“Jumlah ini lebih banyak berbanding RM150 juta sebelum ini kerana kami mahu membantu lebih ramai usahawan Bumiputera ketika musim pandemik Covid-19 sekarang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI