KUALA LUMPUR – Kapal milik Icon Ship Management Sdn. Bhd. (Icon), Icon Zara menjadi kapal pertama di Asia Tenggara yang dilengkapi teknologi CAT Remote Fleet Vision (RFV) yang membolehkan pemantauan data penting mengenai kapal berkenaan dari jarak jauh.
Ia menerusi kolaborasi strategik antara Icon dan Sime Darby Industrial Sdn. Bhd. (SDISB).
SDISB yang merupakan subsidiari Sime Darby Bhd. merupakan pengedar rasmi dan penyedia perkhidmatan sokongan teknikal bagi enjin marin Caterpillar dan produk berkaitan di Malaysia dan Brunei.
Icon, anak syarikat milik penuh Icon Offshore Bhd. pula adalah penyedia kapal sokongan luar pesisir terbesar di negara ini.
Ia mengoperasikan pelbagai perkhidmatan sokongan logistik dalam industri minyak dan gas.
Pengarah Urusan SDISB, CK Teoh berkata, menerusi kerjasama berkenaan, pihaknya akan menanggung kos pemasangan dan operasi RFV selama enam bulan dan selepas itu, Icon diberi pilihan sama ada ingin memajak RFV dari SDISB untuk tempoh 30 bulan.
“Melalui pemasangan RFV pada kapal, ia akan membolehkan Icon menerima maklumat penting seperti lokasi dan tahap operasi enjin, sama ada terdapat keperluan untuk proses pembaikan atau penyelenggaraan, malah penggunaan bahan api.
“Pemilik kapal dapat membuat keputusan yang tepat dan pantas berdasarkan maklumat yang diberi. Ini seterusnya berpotensi membawa kepada penjimatan kos yang besar sekiranya berlaku perkara tidak dijangka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama tersebut di sini semalam.
Turut hadir Pengerusi Icon Offshore Bhd., Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda dan Pengarah Urusannya, Datuk Seri Hadian Hashim.
Majlis sama turut menyaksikan pemeteraian dua lagi perjanjian yang melibatkan penyelenggaraan dok kering dan kerangka harga.
Usaha saham Icon, SDISB untuk miliki kapal pertama dilengkapi teknologi CAT RFV
- Oleh KOSMO!
- 24 Ogos 2020, 10:22 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Dulu dah pernah lari rumah, sekarang adik hilang lagi
13 Januari 2026, 3:01 pm

‘Uqasha ada pendirian sendiri, Kamal pun dah cuba sehabis baik’
13 Januari 2026, 3:00 pm

Program Jom Ke Sekolah 2026 digerak ke seluruh Pahang
13 Januari 2026, 2:49 pm

Trump isytihar beliau ‘Pemangku Presiden Venezuela’
13 Januari 2026, 2:49 pm

Ketetapan, rumusan MKI wajib diambil tindakan bersungguh – Sultan Nazrin
13 Januari 2026, 2:46 pm

Jet perang Amerika menyamar pesawat komersial
13 Januari 2026, 2:44 pm

BAP perlu diberi RM150 tidak boleh kurang 10 sen – Menteri
13 Januari 2026, 2:40 pm

Lori kontena jadi tangki diesel haram
13 Januari 2026, 2:36 pm






