fbpx

TM belanja RM10.9 juta jadikan Klang bandar pintar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraidah (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Ahmad Fadzil (kanan) dalam program Taklimat Agensi Prihatin Bandar Pintar di Dewan Hamzah, Klang hari ini.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KLANG – Telekom Malaysia (TM) membelanjakan RM10.9 juta untuk projek fiberisasi di bandar Klang dalam menjadikan daerah itu sebagai bandar pintar menjelang 2025.

Ketua Bahagian Operasi Zon Tengah TM, Datuk Zuraidah Mohd. Said berkata, jumlah tersebut turut merangkumi projek-projek lain sedang dijalankan syarikat telekomunikasi tersebut di bandar tersebut.

Kata beliau, pihaknya telah membentangkan kertas cadangan kerjasama strategik dengan
Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 10 Ogos lalu bagi membantu pihak berkuasa tempatan itu mencapai aspirasinya secepat mungkin.

“Sebanyak 84 projek menaiktaraf jalur lebar berkelajuan tinggi (fiber) sedang dijalankan dengan melibatkan 4,675 port Unifi.

“Saya yakin MPK akan meneroka sumber pendapatan yang baharu dan seterusnya berpeluang untuk mengurangkan kos operasi menerusi kerjasama strategik ini,” katanya ketika berucap dalam program Taklimat Agensi Prihatin Bandar Pintar oleh Telekom Malaysia di Dewan Hamzah Klang di sini hari ini.

Sementara itu, Yang Dipertua MPK, Dr. Ahmad Fadzil Ahmad Tajuddin berkata, pihaknya komited untuk menjadikan Klang sebagai salah sebuah bandar pintar di negara ini.

Ujarnya, ini juga selaras mendokong aspirasi kerajaan Selangor mahu mewujudkan bandar pintar sebanyak mungkin bagi menjadi negeri pintar pada tahun 2025.

“Saya amat berbesar hati apabila pihak TM sanggup datang ke Klang bagi memberikan taklimat kepada penduduk Klang mengenai usaha yang akan dilakukan mereka dalam menjadikan Klang sebagai bandar pintar.

“Ini merupakan satu titik perubahan kepada penduduk did aerah ini daripada aspek cara hidup selain menikmati internet berkelajuan tinggi di bandar ini,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI