fbpx

Tiga beranak maut dirempuh Frontier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga beranak maut dalam kenderaan Honda City selepas dirempuh pacuan empat roda di Pasir Tuntung di sini malam tadi.

KUALA SELANGOR – Tiga beranak maut selepas kenderaan dinaiki mereka dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Frontier dalam kejadian di Pasir Tuntung di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mereka yang maut dikenali Amni Koslillah, 50an dan dua anaknya, Nor Kalisa Ali Yunus, 24 dan Nor Syafiqah, 17.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, Ismail Zakariya berkata, berdasarkan maklumat awal ketiga-tiga beranak itu dalam perjalanan ke Klang dari Tanjong Karang menaiki kenderaan jenis Honda City.

Katanya, manakala Nissan Frontier dipandu lelaki berusia 30an dari arah bertentangan.

Difahamkan, semasa kejadian kenderaan pacuan empat roda itu yang tidak menghidupkan lampu depannya hendak memasuki simpang di situ.

“Nissan Frontier itu dikatakan telah melanggar Honda City dinaiki tiga beranak itu sehingga kedudukan kenderaan berpusing menghala ke arah bertentangan.

“Akibat pelanggaran itu, tiga beranak tersebut maut di lokasi kejadian manakala pemandu pacuan empat roda tersebut cedera parah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Jelas Ismail, seramai tujuh anggota termasuk beliau bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 10.34 malam dan tiba 13 minit kemudian.

“Mayat kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI