fbpx
Feri Pulau Pinang.

Tiada perkhidmatan feri Pulau Pinang tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Sistem perkhidmatan feri di negeri ini tidak beroperasi dan tergendala selama tiga hari bermula hari ini ekoran masalah teknikal pada enjin feri.

Ketua Rapid Ferry, Osman Amir berkata, penangguhan perkhidmatan itu adalah berikutan masalah teknikal pada kesemua empat buah feri yang berulang alik dari Pangkalan Raja Tun Uda, Butterworth di sini dan Pangkalan Sultan Abdul Halim di George Town dekat sini.

“Dengan itu, Rapid Ferry telah menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk membawa penumpang dari Penang Sentral di Butterworth dan Terminal Weld Quay di George Town.

“Sebanyak 10 buah bas disediakan dengan frekuensi 10 hingha 20 minit dan kami memohon maaf di atas kesulitan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

POPULAR