fbpx

Seorang maut, enam cedera dalam kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta jenis Perodua Axia selepas terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan seorang wanita maut di Bulatan Kepong awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut manakala enam lagi cedera dalam satu kemalangan melibatkan dua buah kenderaan yang berlaku di Bulatan Kepong di sini awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.26 pagi sewaktu mangsa, Haslina Ibrahim, 49, bersama suami dan anaknya yang menaiki kereta jenis Perodua Axia sedang dalam perjalanan dari arah pusat bandar memasuki Bulatan Kepong.

“Ketika melalui kawasan kejadian, bahagian sisi kiri kereta yang dinaiki mangsa telah dirempuh oleh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dari arah Jalan Kepong yang dipercayai telah hilang kawalan.

“Impak daripada perlanggaran itu telah mengakibatkan kereta dinaiki mangsa sekeluarga terbabas memasuki kawasan di dalam Bulatan Kepong manakala Toyota Vellfire pula terbabas ke dalam Sungai Batu di sini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zulkefly, mangsa yang tersepit di bahagian penumpang hadapan kemudiannya disahkan telah meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala oleh pasukan perubatan yang tiba tidak lama kemudian.

“Suami dan anak mangsa yang masing-masing berusia 49 dan 17 tahun turut mengalami kecederaan susulan kemalangan itu.

“Empat lelaki yang menaiki Toyota Vellfire berusia 20 hingga 24 tahun itu turut mengalami kecederaan akibat impak kemalangan dan semua yang tercedera telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan,” jelas beliau.

Mengulas lanjut, Zulkefly berkata, siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan awal mendapati tiada bau alkohol dikesan pada pemandu kereta Toyota Vellfire namun sampel darah dan urin lelaki tersebut telah diambil untuk dianalisis oleh Jabatan Kimia,” tegas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI