fbpx

RM426.5 juta bangunkan rumah generasi baharu Felda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM426.5 juta setakat ini bagi menyiapkan pembinaan projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) dalam usaha memberi keselesaan kepada mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, peruntukan dana sebanyak RM490 juta turut disediakan Felda antara 2013 dan 2014.

“Pada tahun 2017, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM200 juta dan RM180 juta untuk tahun lalu. Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang diumumkan baru-baru ini turut menyediakan sebanyak RM46.5 juta.

“Daripada RM46.5 juta disediakan menerusi Prihatin, sebanyak RM19 juta atau 41 peratus untuk Kerteh 5 bagi menyiapkan projek terbengkalai secara berfasa,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini tadi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab saolan Che Alias Hamid (Kemaman-Pas) yang mahu mengetahui tentang status rumah PGBF yang terbengkalai di Felda Kerteh 5. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI