fbpx

Polis berkas lelaki disyaki tokan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada barang rampasan polis yang mengandungi dadah.

KUALA LUMPUR – Polis memberkas seorang lelaki tempatan yang disyaki pengedar dadah di Jalan SS 22/34, Petaling Jaya, Sabtu lalu.

Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, melakukan tangkapan ke atas suspek berusia 46 tahun terbabit sekitar pukul 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek yang memandu kereta jenis Honda ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.

“Hasil pemeriksaan badan suspek, Polis merampas sebuah beg galas jenama ‘Body Glove’ miliknya yang mengandungi dua plastik bertulis ‘Nutra 8’ dan ‘Guanyingwang di mana kedua-dua plastik tersebut diisi serbuk putih disyaki dadah.

“Di dalam plastik ‘Nutra 8’ berisi dadah jenis ketamin seberat 1000 gram dan plastik ‘Guanyingwang’ mengandungi dadah jenis Syabu seberat 1010 gram,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Ezanee berkata, polis turut merampas kereta Honda dipandu suspek bersama anak kunci dan alat kawalan jauh.

“Sementara itu, hasil siasatan mendapati, suspek mengaku memperolehi dadah daripada seorang lelaki yang dikenali dengan panggilan ‘Fecau’.

“Suspek juga mempunyai lima kes lampau iaitu dua rekod kes jenayah dan tiga rekod kes dadah,” ujarnya.

Katanya, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI