fbpx

PH lulus rundingan terus bernilai RM6.61 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR- Pakatan Harapan (PH) dilaporkan meluluskan sebanyak 101 projek dengan perolehan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus ketika menjadi kerajaan sebelum ini.

Mendedahkan perkara itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, tender itu diluluskan ketika Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan ketika itu.

“101 projek perolehan bernilai RM6.61 bilion telah diluluskan secara rundingan terus oleh kementerian kewangan,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 di Dewan Rakyat di sini tadi.

Pendedahan itu turut menyebabkan suasana di dalam Dewan Rakyat menjadi kecoh seketika selain ada Ahli Parlimen mahu senarai penerima didedahkan kepada umum.

Cadangan itu turut dipersetujui oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI