fbpx
SPRM

Pegawai Kesihatan ditahan peroleh projek RM30,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang Penolong Pegawai Kesihatan berikutan disyaki menggunakan kedudukan bagi memperoleh projek bernilai hampir RM30,000 hari ini.

Lelaki berusia 40 tahun itu difahamkan ditahan di Pejabat SPRM Sabah kira-kira pukul 10 pagi selepas hadir memberi keterangan hari ini.

Menurut sumber, suspek sudah mendapatkan projek bagi kerja-kerja pembekalan serta perkhidmatan bagi pejabat kesihatan di sebuah daerah di Sabah menerusi syarikat miliknya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun, beliau berkata suspek kini sudah dibebaskan dengan jaminan SPRM. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI