fbpx

Kakak Vivy Yusof dibicara pada November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 17 dan 18 November depan bagi tarikh perbicaraan kakak usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof, yang didakwa pertuduhan pecah amanah wang RM200,000 milik sebuah syarikat.

Hakim Datin Sabariah Othman menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh berkenaan pada prosiding sebutan semula kes hari ini.

Terdahulu peguam Mohd. Faizal Mohd. Aris yang mewakili tertuduh, Intan Safina Yusof ,40, memaklumkan pada mahkamah bahawa dia baru dilantik untuk perbicaraan kes ini pada Jumaat lalu.

“Kesemua dokumen telah diserahkan dan saya masih meneliti semua dokumen-dokumen itu,” katanya.

Pada prosiding itu, pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub mengesahkan telah menyerahkan semua dokumen terbabit kepada peguam.

Dalam pada itu, Noorhani turut memaklumkan kepada mahkamah seramai enam saksi pendakwaan akan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan kes itu nanti.

Mengikut pertuduhan, Intan Safina sebagai salah seorang pengarah di Syarikat Arena Abadi Sdn. Bhd. yang diamanahkan dengan wang RM200,000 telah memindahkan wang itu ke akaun Public Bank miliknya dari akaun syarikat berkenaan .

Tertuduh menggunakan wang tersebut bagi kegunaan diri sendiri dan melanggar arahan undang-undang yang menetapkan cara bagaimana amanah itu disempurnakan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Tun Sambathan 3, Brickfields di sini antara 25 Januari hingga 28 Februari 2019 yang didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun dan sebat dan juga boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, mahkamah membenarkan Intan Safina diikat jamin 30,000 dengan seorang penjamin selain pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI