fbpx

Harimau dahan hilang ditemui semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bertugas berjaya menangkap semula harimau dahan yang dilaporkan hilang daripada Taman Hidupan Liar Lok Kawi. - Foto IHSAN PEMBACA

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Seekor harimau dahan dilaporkan terlepas dari kandang di Taman Hidupan Liar, Lok Kawi, pagi tadi berjaya ditemui semula oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah hari ini.

Harimau itu dipercayai terlepas kira-kira jam 6 pagi tadi sebelum operasi memburu haiwan terbabit dilancarkan sekitar kawasan taman berkenaan.

Bagaimanapun, haiwan itu ditemui semula kira-kira pukul 8.30 malam tadi dan kini sudah dibawa ke klinik zoo untuk pemeriksaan.

Laporan tentang kehilangan harimau dahan berkenaan menjadi tular selepas satu surat pemberitahuan dikeluarkan kepada beberapa kampung terletak berhampiran taman hidupan liar berkenaan.

Antara isi kandungan surat itu termasuklah meminta orang awam berhati-hati sekiranya menemui haiwan itu selain segera menghubungi JHL.

Sementara itu, Pengarah JHL Sabah, Augustine Tuuga ketika dihubungi mengesahkan perkara terbabit dan menyatakan harimau dahan dilaporkan terlepas itu sudah ditemui semula.

Menurut beliau, harimau terbabit berjaya ditangkap menggunakan ‘tranquilliser’ atau ubat penenang haiwan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI