fbpx

Gelang emas lesap dibawa lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

JOHOR BAHRU – Dua suspek berpura-pura ingin membeli gelang tangan emas sebelum melarikan seutas gelang bernilai RM3,800 di kedai Taman Tiram Baru, Ulu Tiram, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Ismail Dollah berkata, dalam kejadian pukul 4.15 petang itu, seorang suspek lelaki dan wanita telah memasuki premis tersebut dengan memakai pelitup muka ingin membeli gelang tangan emas.

Katanya, suspek kemudiannya meminta kepada pengadu yang juga pemilik premis perniagaan itu gelang tangan emas 916 seberat 14 gram berharga RM 3,800 untuk dicuba.

“Setelah menerima gelang tangan emas tersebut, suspek terus melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Perodua Axia berwarna biru.

“Mangsa tidak sempat untuk mengambil sebarang tindakan. Hasil semakan mendapati nombor pendaftaran kenderaan suspek dipercayai palsu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail berkata, ketika kejadian berlaku, mangsa berusia 40 tahun berada di premis berkenaan bersama ibu bapanya yang sudah berusia dan tidak ada pelanggan lain ketika itu.

Katanya, mangsa sukar untuk mengecam wajah suspek kerana memakai pelitup muka malah tidak ada kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di premis tersebut.

“Kita masih menjalankan siasatan berhubung kes ini. Orang ramai diminta menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kanan, ASP Hafizudin di talian 0104008030,” katanya kes disiasat di bawah seksyen 380 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI