fbpx

Al Ansar jual kabinet dapur untuk tingkatkan jualan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Al Ansar IBS PLT, kontraktor perumahan yang menggunakan kaedah Inovasi Sistem Binaan Berindustri (IBS), telah meluaskan rang­kaian perkhidmatannya kepada pelanggan dengan menawarkan kabinet dapur pada harga kilang.
Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin berkata, khidmat terbaharu ini dijalinkan bersama pengeluar kabinet tanpa melibatkan orang te­ngah yang membolehkan syarikat menawarkan harga kabinet dapur serendah RM5,300.
“Sebelum ini, syarikat mema­sukkan pakej pemasangan kabinet dapur table top secara percuma bagi projek pembinaan banglo.
“Kini bersempena kempen Promosi Merdeka yang diadakan sejak bulan Jun lalu dan bakal tamat hingga akhir bulan ini, kami turut menawarkan kabinet dapur sepanjang 10 kaki (3.04 meter) termasuk set dapur (hood dan hop), sinki dua lengkuk, rak pinggan, single tap sinki dan ensel soft close.
“Bagaimanapun, demi me­ningkatkan jualan syarikat, Al Ansar telah menawarkan pemasangan kabinet dapur bukan sahaja kepada rumah yang dibina­nya tetapi juga kepada pelanggan lain yang mahu menukar kabinet dapur lama di rumah masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan kunci kepada pembeli terbaharunya di Kampung Sungai Ramal di sini baru-baru ini.
Kunci rumah banglo jenis Te­ratai yang diubah suai lengkap dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air itu menjadi milik pesara, Abdul Malek Shaari, 63 dan Kalsom Ariffin, 57, yang kini me­netap di Petaling Jaya.
Mengulas lanjut mengenai perkhidmatan pemasangan kabinet dapur itu, Muhamad Khanafi optimis terhadap peningkatan jualan bagi segmen berkenaan ekoran keyakinan pelanggan dan kualiti material kabinet yang dipasang di rumah pelanggan.
“Al Ansar mengunjurkan nilai jualan daripada tempahan kabinet dapur sehingga akhir tahun ini mencecah lebih daripada RM1 juta pada tahun 2021,” jelasnya.
Selain itu, tambah beliau, pilihan rekaan kabinet dapur dan material yang digunakan serta warna dan corak mengikut pilihan pelanggan boleh dilihat di pejabat baharu syarikat di Kenwingston Business Centre Cyberjaya menjelang bulan hadapan.
Sebelum ini, syarikat bero­perasi di Kompleks Niaga Sungai Merab Luar dan ia akan me­nempatkan pejabat pengurusan, bilik pameran dan pusat pe­nerangan berhubung projek ­bang­lo yang ditawarkan kepada pe­langgan.
“Untuk kabinet dapur, kami menawarkan kayu jenis melamin dengan harga RM5,300, kabinet 3G iaitu jenis aluminium dan tingkap kaca dengan harga RM6,300 dan kabinet 4G jenis aluminium dengan kemasan tingkap kaca serta tempat pemegang pada harga RM8,100,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI