fbpx

ADUN muda Selangor bersidang secara virtual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suee Lim (tengah) bersama wakil PeBT dan Undi18 pada sidang akhbar di pejabat SUK Selangor hari ini.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Seramai 56 peserta yang bakal terpilih dalam program Ahli Dewan Negeri (ADN) Muda Selangor akan bersidang atas talian pada 3 Oktober depan.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim berkata, ini selaras norma baharu dalam pandemik Covid-19 di negara ini.

“Pejabat Dewan Negeri akan bekerjasama dengan TV Selangor dan Bahagian Pengurusan Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk memastikan persidangan berjalan lancar.

“Sekiranya ada peserta yang mempunyai masalah internet di tempat mereka, saya akan meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan mereka untuk membenarkan peserta tersebut menggunakan kemudahan internet di pusat khidmat Adun itu sendiri,” katanya pada sidang akhbar program Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor Virtual 2020, di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, di sini hari ini.

Suee Lim memberitahu, pihaknya menerima 316 penyertaan daripada belia yang berumur 15 hingga 35 tahun.

Ujar beliau, penyertaan program tersebut dibuka pada 21 Ogos lalu dan akan ditutup pada 4 September.

“Saringan akan dibuat oleh Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Zon 16, pertubuhan Undi18 serta pejabatnya sendiri bagi memilih 56 peserta yang mewakili setiap DUN di negeri Selangor.

“Kita akan pastikan kesemua peserta ini mewakili semua kumpulan kaum, agama, golongan wanita, kumpulan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan sebagainya,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pihak kerajaan dan pembangkang seperti persidangan DUN negeri yang sebenar.

“Mereka akan terikat dengan semua peraturan yang termaktub dalam Peraturan-Peraturan Tetap Bagi Dewan Negeri Selangor 1965,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI