fbpx

Wakil rakyat mohon JKR pasang tanda amaran segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa semalam.

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD NOR

SEREMBAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambau, Yap Yew Weng mohon pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) memasang tanda amaran di lokasi kemalangan maut secepat mungkin.

Katanya, beliau meminta pihak JKR memasang lampu amaran kelip-kelip, garisan kuning dan lampu seperti lampu sorot (spotlight) .

“Saya cadangkan supaya membuat garisan kuning yang tebal supaya dapat perlahankan kenderaan yang memandu laju di kawasan itu.

“Kita juga minta pasang lampu isyarat yang berkelip dan pada waktu malam akan tambah lampu seperti spotlight supaya lebih terang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Semalam, tiga maut termasuk sepasang suami isteri di hadapan Surau Al-Muqqarabin di Kampung Mambau di sini selepas dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi.

Tambah Yew Weng, garisan putih pernah dibuat di kawasan itu tetapi ia tidak mencukupi.

Sementara itu, ketua perhubungan surau itu, Mohd. Isa Othman memberitahu, sejak tahun lepas tiga kejadian meragut nyawa telah berlaku.

Mohd. Isa juga mendakwa, pihaknya sudah membuat aduan dan cadangan sebelum ini kepada pihak berwajib namun belum ada sebarang tindakan diambil. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI