fbpx

Mufti Perak kena strok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harussani.

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Keadaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kini masih lagi dipantau selepas dimasukkan ke sebuah hospital swasta di sini setelah terkena serangan strok.

Difahamkan, pegawai-pegawai perubatan melakukan pemantauan rapi ke atas beliau setelah diserang strok selepas menunaikan solat Subuh.

Ketika mengesahkan perkara tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, pihaknya sedang mengikuti rapat perkembangan Mufti Perak itu.

Menurutnya, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Mufti Perak, keadaan Harussani masih lagi dalam pemantauan rapi hospital.

“Saya belum sempat menziarahi beliau hari ini dan masih menunggu laporan doktor mengenai keadaan kesihatan beliau,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Akmal  turut meminta seluruh rakyat mendoakan kesejahteraan Harussani.

“Saya minta rakyat mendokan Tan Sri Mufti yang kita sayangi agar sembuh seperti sedia kala. Kita masih memerlukan khidmat beliau,” katanya.

Harussani, 81, dilantik sebagai Mufti Perak sejak 1985 sehingga kini.

Belian turut memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri mahupun Pusat.

Antara jawatan disandang termasuk Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Teks al-Quran, Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah Negeri Perak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI