fbpx

Dua lelaki berlagak samseng diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sebuah video tular menunjukkan sebuah kereta Proton Waja yang dinaiki dua lelaki berlagak samseng di Jalan Besar Sungai Ara, Kota Tinggi.

Oleh MASTURAH SURADI

MERSING – Polis menahan dua lelaki susulan video tular memaparkan sebuah Proton Waja yang membuat provokasi dan berlagak samseng terhadap pemandu kereta Honda Jazz di Jalan Besar Sungai Ara menghala ke Mersing, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut yang berlaku pada pukul 3 petang.

Jelasnya, pemandu Honda Jazz iaitu seorang lelaki berumur 20 tahun mendakwa Proton Waja berkenaan telah mengekori secara rapat di belakang keretanya dan membuat provokasi.

“Proton Waja berkenaan telah membuat provokasi dengan cuba menghimpit kenderaan pengadu sebelah kiri dan kanan bagi tujuan menakutkan pengadu.

“Apabila sampai di Simpang Tenggaroh, pemandu Proton Waja tersebut telah membaling sesuatu objek yang tidak diketahui dan kena pada kereta pengadu.

“Siasatan polis mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada suspek yang tidak puas hati dengan cara pemanduan pengadu sehingga menyebabkan suspek tidak dapat memotong kenderaan pengadu,”katanya kepada Kosmo! hari ini.

Cyril berkata, kereta Honda Jazz telah mengalami sedikit kemik di bahagian kiri akibat dibaling objek tidak diketahui.

Katanya, ekoran itu pihak polis telah menahan dua suspek lelaki berumur 30an berasal dari Tenggaroh, Mersing bagi membantu siasatan dalam kes tersebut.

“Kedua-dua suspek ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 506/427 Kanun Kesiksaan (ugutan jenayah / mendatangkan bencana),”katanya. -K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI