fbpx

7 lelaki didenda RM31,500 memandu mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara tujuh lelaki yang didenda selepas didapati bersalah memandu kereta dalam keadaan mabuk di Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini.

Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

BATU PAHAT- Tujuh lelaki didenda RM31,500 oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat di sini hari ini selepas mereka mengaku bersalah memandu kereta di bawah pengaruh alkohol.

Majistret Mohd. Syafiq Mustaza menjatuhkan hukuman itu ke atas tujuh individu Liew Zi Huang, 29; Teo Thien Ming, 33; Ng Ser Hui, 37; Lee Chee Kiong, 51; Ling Haw Ping, 57; Siow Yang Kuan, 58 dan Koh Swee Kiat, 66.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 3, Jalan Kluang, di sini, pada 16 Februari lalu.

Majistret turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda yang dikenakan RM4,500 bagi setiap seorang.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Jika sabit kesalahan, hukuman denda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM6,000 serta boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 12 bulan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Afiqah Radhiah Zainurin yang memohon hukuman sewajarnya demi kepentingan awam.

Semua tertuduh diwakili peguam bela, Tan Song Yan dan mereka kemudian membayar denda berkenaan sejurus tamat prosiding mahkamah.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI