fbpx

Warga emas kena kelentong polis palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Wazir

Oleh MOHD. SHAHRULANOOR ISHAK

KUANTAN – Seorang suri rumah berusia 59 tahun di sini berputih mata selepas kerugian RM75,000 akibat ditipu ‘Inspektor Fauzi’ dalam kejadian semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, wanita itu pada awalnya menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki menyamar wakil PosLaju.

Ujar beliau, lelaki itu memaklumkan mangsa akan menerima bungkusan berisi kad pengenalan dan kad bank yang dihantar seorang individu dari Sabah.

Tambah beliau lagi, talian serta-merta disambungkan kepada lelaki menyamar polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah yang mendakwa suri rumah berkenaan terlibat kegiatan pengubahan wang haram.

“Talian telefon disambungkan pula kepada Inspektor Fauzi yang mengarahkan mangsa membuat bayaran untuk mengelak daripada ditangkap,” katanya.

Mohd. Wazir menambah, mangsa yang panik telah bertindak memasukkan wang RM75,000 melalui 15 transaksi ke dalam tiga akaun milik individu berlainan.

“Mangsa menyedari tertipu selepas selesai memasukkan wang berkenaan dan membuat laporan polis.

“Kes tersebut kini dalam siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” ujar Mohd. Wazir. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI