fbpx

Pekerja judi sempat larikan perabot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis dan TNB sedang memeriksa meter elektrik sebuah premis judi online di Seksyen 16, Shah Alam sebelum pemotongan bekalan elektrik dilakukan mereka.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Pekerja di sebuah premis judi online di Seksyen 25 di sini didakwa sempat membawa keluar beberapa perabot seperti kerusi dan meja sebelum operasi pemotongan bekalan elektrik dilakukan di kawasan tersebut hari ini.

Dakwaan tersebut dibuat seorang pekerja kedai runcit yang enggan dikenali apabila melihat gelagat mereka, dua minggu lalu.

“Dua minggu lalu, saya melihat beberapa pekerja premis itu membawa meja, kerusi dan sebagainya keluar daripada situ. Bagaimanapun, saya tidak menegur mereka bimbang perkara buruk berlaku,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua operasi Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Saiful Azni Ahmad berkata, sebanyak tujuh buah premis judi dikenakan pemotongan bekalan elektrik oleh TNB mengikut Seksyen 21A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953

Katanya, operasi selama empat jam bermula pukul 10 pagi itu melibatkan premis di sekitar Seksyen 15, Seksyen 16, Seksyen 25 dan Seksyen 28 di sini

“Siasatan awal mendapati beberapa pusat judi online ini berselindung di sebalik perniagaan menjual telefon bimbit bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Malah, kesemua premis tersebut pernah diserbu beberapa kali namun didapati terus berdegil dengan menjalankan semula kegiatan mereka,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI