fbpx

Polis berkas suspek aniaya adik kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aduan seorang guru kaunseling kepada Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) membawa kepada penangkapan seorang remaja lelaki yang disyaki merogol adik kandungnya.

Suspek berusia 16 tahun itu ditahan di Jalan Universiti pada pukul 12.10 tengah malam tadi selepas pihak polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada JKM pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mangsa berusia 15 tahun itu menceritakan detik hitam dirinya dirogol pada 26 Julai di kediaman mereka kepada seorang guru kaunseling sebelum ia dilaporkan kepada JKM.

“Bertindak atas maklumat itu, JKM menyelamatkan mangsa di rumahnya sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan lanjut pada Rabu lalu.

“Hasil pemeriksaan doktor terhadap mangsa mendapati terdapat kesan koyakan lama pada kemaluannya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Menurutnya lagi, anak kedua daripada lima beradik itu bersama seorang lagi adik perempuannya, kini ditempatkan di bawah jagaan JKM sementara siasatan selesai.

“Suspek direman tujuh hari bermula hari ini hingga 26 Ogos depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI