fbpx
Gambar hiasan

Pemandu ambil dadah langgar enam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Sebuah kenderaan berprestasi tinggi jenis Ford Mustang antara beberapa kenderaan yang rosak dalam satu kemalangan gara-gara kecuaian seorang pemandu yang dipercayai di bawah pengaruh dadah di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, selain kereta tersebut, suspek yang memandu kereta jenis Toyota Vios itu turut melanggar lima lagi kenderaan dalam kejadian yang berlaku di enam lokasi berasingan di sini antara pukul 12 tengah malam hingga 3.30 pagi tadi.

Katanya, selain Ford Mustang, lima lagi kenderaan yang terlibat ialah dua buah kereta jenis Toyota Vios yang lain, sebuah Proton Saga FLX, sebuah Honda Civic dan sebuah Proton Saga.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kemalangan itu dan kereta-kereta yang terlibat juga dikatakan hanya mengalami kerosakan yang kecil.

“Ujian saringan air kencing juga telah dilakukan terhadap pemandu yang berusia 28 tahun itu dan mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine ketika kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Shafee, keenam-enam kes kemalangan itu disiasat di bawah Peraturan 10 manakala suspek pula disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI