fbpx

PBT Selangor diarah beri lesen penjaja sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesemua 35 penjaja yang menerima Lesen Penjaja Sementara Pasca Covid-19 bergambar bersama Sze Han (depan, enam kiri) sebaik selesai majlis hari ini.

Oleh NOR AZIHAN MD. GHAZALI

KLANG – Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) diarahkan memberikan Lesen Penjaja Sementara Pasca Covid-19 kepada penjaja untuk beroperasi di tapak-tapak sesuai yang tidak mendatangkan kacau ganggu dan selamat.

Pengerusi Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, langkah itu bagi membantu golongan B40 yang terjejas teruk akibat Covid-19.

“PBT sendiri akan turun ke lokasi membuat bancian sama ada tapak itu sesuai atau tidak, jika sesuai penjaja akan diminta untuk mengemukakan permohonan kepada PBT.

“Bagaimanapun, mereka harus menepati beberapa syarat yang telah ditetapkan iaitu tidak mendatangkan kacau ganggu termasuk aspek kebersihan, kesihatan dan tapak juga mesti dalam kedudukan yang selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan 35 Lesen Penjaja Sementara Pasca Covid-19 daripada 500 yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini.

Turut hadir Yang Dipertua MPK, Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin.

Sementara itu, seorang peniaga, V. Vejayakumar, 60, menjelaskan pemberian lesen itu secara langsung mengakhiri penantiannya yang telah lama memohon lesen penjaja menjual air kelapa.

“Sebelum ini, apabila berniaga sering diberikan amaran kerana menjaja di lokasi tidak dibenarkan dan tanpa lesen. Jadi, selepas ini tidak perlu takut lagi kerana turut disediakan kawasan menjaja,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI