fbpx

Malakoff rekod untung RM105 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penjana tenaga bebas, Malakoff Corporation Bhd. (Malakoff) merekodkan keuntungan selepas cukai berjumlah RM105 juta bagi suku tahun kedua (Q2) berakhir 30 Jun 2020, bersamaan pertumbuhan 101 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, prestasi yang lebih baik itu disokong daripada pendapatan daripada Tanjung Bin Energy Sdn. Bhd. yang meningkat selain sumbangan daripada Alam Flora Sdn. Bhd. (AFSB).

Perolehan kumpulan bagaimanapun menurun 17 peratus kepada RM1.506 bilion berbanding tahun lalu.

Ia disebabkan oleh pembayaran tenaga yang lebih rendah akibat penurunan harga arang batu di Tanjung Bin Power Sdn. Bhd. (TBP) serta penurunan faktor penghantaran di Segari Energy Ventures Sdn. Bhd., GB3 Sdn. Bhd. dan permintaan lebih rendah bagi Prai Power Sdn. Bhd.

Ketiadaan sumbangan daripada Malakoff Australia Pty. Ltd. Yang telah dilupuskan pada Disember 2019 turut membawa kepada penurunan perolehan.

“Permintaan elektrik negara dijangka menurun sebanyak enam peratus tahun ini disebabkan kemerosotan aktiviti ekonomi, khususnya di sektor perindustrian dan komersial.

“Sebagai penyedia perkhidmatan penting, kumpulan terus memberi tumpuan kepada peningkatan kecekapan operasi kilang, terutamanya melibatkan langkah penjimatan dalam berdepan cabaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini semalam.

Menurut Ahmad, pihaknya turut berminat untuk turut serta dalam projek solar berskala besar ke-4 (LSS4) yang akan membolehkan kumpulan meningkatkan kapasiti penjanaan tenaga boleh diperbaharui.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI