fbpx

Lyon perlu yakin tampil aksi magis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GARCIA mengakui kejayaan membenam City dan Juventus meningkatkan keyakinan pemain Lyon menjelang aksi menentang Bayern. – AFP

LISBON – Jurulatih Olympique Lyon, Rudi Garcia mengakui kemenangan ke atas Juventus dan Manchester City memberi keyakinan kepada mereka menjelang aksi separuh akhir awal pagi esok.

Bertemu Bayern Munich di Stadium Jose Alvalade pastinya menjadikan wakil Liga Perancis itu sebagai pasukan underdog selepas Bayern membelasah Barcelona 8-2 Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Garcia me­negaskan, keyakinan anak-anak buahnya semakin meningkat, namun percaya mereka memerlukan aksi istimewa sekiranya mahu melakar kejutan ke atas Bayern.

“Selepas dua aksi sebelum ini, keyakinan kami semakin meningkat dan ia dibuktikan menerusi keputusan perlawanan tersebut. Bagaimanapun, kami sedar Lyon hanyalah pasukan underdog pada perlawanan itu nanti.

“Apa yang pasti, kami perlukan sesuatu yang sangat istimewa sama seperti ketika kami tewaskan Juventus dan City untuk sampai ke tahap ini,” kata Garcia.

Pengendali dari Perancis itu turut menyeru pemain-pemainnya agar meletakkan sasaran untuk mara ke perlawanan akhir memandangkan ia mampu menyuntik semangat mereka.

“Saya tahu kami bukannya pasukan pilihan untuk ke final. Bagaimanapun, kami berhak untuk fikir mengenainya kerana sudah layak ke separuh akhir,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI