fbpx

Lima lelaki Indonesia ditahan seludup amang bijih timah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bijih timah yang dirampas PPM Wilayah Dua dalam operasi di pantai Kampung Sebong, Pengerang, Kota Tinggi semalam.

Oleh MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Hasil kerjasama agensi penguatkuasa Malaysia dan Indonesia telah berjaya mematahkan kegiatan penyeludupan amang bijih timah dengan rampasan keseluruhan bernilai RM650,000 dalam operasi dilakukan di laut pantai Kampung Sebong, semalam.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, Asisten Komisioner Muhd. Zailani Abdullah berkata, seramai lima lelaki warganegara Indonesia berumur 25 hingga 45 tahun ditahan dalam operasi melibatkan kerjasama PPM Wilayah Dua, Pengerang bersama Pasukan Kastam Republik Indonesia itu.

“Ketika menjalankan tugas rondaan perairan Pengerang dalam Op Benteng Covid-19, pegawai dan anggota PPM Wilayah Dua Pengerang telah dihubungi pasukan Kastam Republik Indonesia yang sedang mengejar sebuah bot pancung dipercayai menjalankan aktiviti penyeludupan barang larangan import.

“Bertindak atas maklumat yg diterima bot RH 24 telah membuat pintasan di Laut Pantai Kampung Sebong sebelum menjumpai sejumlah 80 guni amang bijih timah di dalam bot tersebut,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Turut dirampas dalam operasi itu sebuah bot bernilai RM30,000, lima unit enjin Yamaha 200 hp bernilai RM300,000 dan 80 guni amang bijih timah bernilai RM320,000 dengan jumlah rampasan keseluruhan RM650,000.

Kesemua barang rampasan dibawa ke Markas PPM Wilayah Dua Pengerang, Johor untuk proses dokumentasi.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI