fbpx

Lelaki mati dihempap traktor di kebun durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan traktor mesin rumput yang terbalik dan menghempap mangsa di sebuah kebun durian di Kilometer 105 Jalan Lama Raub-Bentong di Raub.

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

RAUB – Misteri kehilangan seorang lelaki sejak seminggu lalu terjawab apabila mayat mangsa ditemukan dihempap sebuah traktor di sebuah kebun durian di Kilometer 105 Jalan Lama Raub-Bentong di sini semalam.

Ketua Polis daerah, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, mangsa Yap Yoke Choy, 59, yang beralamat di Taman Daya Kepong, Kuala Lumpur ditemukan dihempap sebuah traktor mesin rumput oleh orang awam pada pukul 9 malam semalam.

“Hasil siasatan mendapati semasa mangsa menuruni bukit di kebun durian miliknya tiba–tiba traktor berkenaan hilang kawalan dan terbalik ke lereng bukit yang kemudian menghempap mangsa.

“Akibat daripada kemalangan ini yang dipercayai berlaku lebih kurang tujuh hari lalu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut Kama Azural, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaaan.

Katanya, pihak polis masih mengesan saksi bagi membantu siasatan dan kenderaan berkenaan dihantar bagi menjalani pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

“Berdasarkan siasatan awal mendapati keadaan permukaan jalan tidak rata dengan bertanah liat dan menuruni bukit di kawasan kebun durian,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI