fbpx

Lima ditahan kes culik seorang lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paparan imej menunjukkan kejadian seorang lelaki diculik dalam satu kejadian di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Bintang Jaya 2, Miri semalam.

Oleh ALICIA JOHNY KUEH

MIRI – Polis berjaya menahan lima suspek yang melarikan seorang lelaki di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Bintang Jaya 2 di sini dalam tempoh kurang 12 jam kes tersebut dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, lima individu tempatan berusia lingkungan 18 hingga 40 tahun  ditangkap di sebuah hotel di bandar Miri sekitar pukul 1 pagi tadi.

“Kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard yang disyaki digunakan untuk melakukan jenayah juga telah dijumpai,” katanya hari ini.

Selain itu, pihak polis turut menemui beberapa barang kes di lokasi tangkapan.

Meng Seah memberitahu, bahawa motif penculikan dipercayai kerana hutang perniagaan haram.

Kes akan disiasat dibawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

Semalam rakaman video seorang lelaki diculik di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Bintang Jaya 2, Miri tular di media sosial.

Mangsa ditemui ditinggalkan di sebuah bank di Jalan Merbau sebelum dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut sekitar pukul 7 malam pada hari yang sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI