fbpx

Amalan norma baharu satu hijrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Noor Hisham dinobatkan sebagai Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H/2020M di Masjid Negara tadi.

KUALA LUMPUR – Amalan norma baharu yang diamalkan rakyat Malaysia dalam berdepan penularan wabak Covid-19 disifatkan sebagai satu bentuk hijrah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, konsep hijrah itu diterjemahkan melalui usaha rakyat mengubah kehidupan kepada lebih baik.

Menurutnya, meskipun sambutan maal hijrah kali ini dilihat sedikit berbeza disebabkan amalan norma baharu namun keadaan itu merupakan satu hijrah dilakukan rakyat.

“Prosedur operasi standard (SOP) yang kita jalankan ialah maklumkan kepada rakyat untuk terus patuh segala arahan ditetapkan.

“Bukan sahaja Covid-19 dilihat berkurang namun penyakit berjangkit lain seperti campak selain penyakit tangan, kaki dan mulut juga berkurang hingga 60 peratus,” katanya kepada pemberita di Masjid Negara di sini tadi.

Terdahulu, Dr. Noor Hisham dinobatkan sebagai penerima Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H/ 2020M.

Penyampaian hadiah kepada beliau disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Tambahnya, rakyat dinasihatkan untuk terus menjaga penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan selain mengelakkan tempat sesak serta sempit.

“Prinsip yang digunapakai ini bukanlah benda baharu sebaliknya telah digunakan Ibnu Sina (Tokoh Perubatan Islam) dalam mengawal wabak.

“Kita juga gunakan kaedah kesihatan awam untuk memutuskan Covid-19 ini meskipun tiada vaksin. Jika kita lihat kepada jangkitan Sars dan MERS-CoV, walau tiada vaksin namun ia dapat diputuskan dengan keadah itu,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI