fbpx

Tidak bersalah dalam kes bunuh, dua terlepas tali gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri, Wong, Ngumbang, Udi, Rosli dan Harold (kanan) merakam gambar bersama setelah Mahkamah Tinggi memutuskan kedua-dua tertuduh lepas dan bebas dari kes pembunuhan di sini, hari ini.

Oleh ALICIA JOHNY KUEH

SIBU – Dua pemuda terlepas tali gantung selepas mereka didapati tidak besalah terhadap tuduhan kes bunuh dalam Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Dua tertuduh, Udi Ambo, 31, dan Ngumbang Abang, 40, telah dilepaskan dan dibebaskan dari tuduhan membunuh seorang lelaki yang dikenali sebagai Jampong Jon, 55, pada 19 Mac 2017.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku antara jam 12.30 pagi hingga 3.30 pagi di Ladang Cili di Ulu Sungai Enseluai Sare, Sarikei.

Kedua-duanya sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Berdasarkan keterangan bersumpah oleh kedua-dua tertuduh, hakim Datuk Lee Heng Cheong berkata mereka hanya mempertahankan diri semasa kejadian itu.

Lee berkata bahawa tertuduh telah berjaya membuktikan hujah pembelaan diri sehingga melepaskan dan membebaskan kedua-dua tertuduh atas kesalahan yang disabit terhadap mereka.

Beliau juga membuat keputusan itu setelah mempertimbangkan keterangan dari pihak pendakwaan, keterangan bersumpah kedua-dua tertuduh serta penilaian kembali keterangan saksi-saksi dari kedua-dua tertuduh dan pihak pendakwaan.

Udi diwakili oleh peguam Rosli Kapor yang dibantu oleh Harold Emparak Kerebo sementara Ngumbang diwakili oleh peguam Jacob Wong.

Enam belas saksi pendakwaan dipanggil untuk memberi keterangan terhadap tertuduh.

Timbalan pendakwa raya Yong Suk Hui mengadili kes itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI