fbpx

Pakaian bundle bernilai RM1 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian tongkol pakaian terpakai yang dirampas oleh PGA Batalion 8 Pengkalan Chepa di Kampung Simpangan, Tumpat kelmarin.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

TUMPAT – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 Pengkalan Chepa berjaya mematahkan cubaan menyeludup 280 guni pakaian terpakai berjumlah RM1 juta ke negara jiran selepas menahan dua buah lori di Kampung Simpangan di sini kelmarin.

Dalam operasi pukul 5.45 petang itu, PGA Batalion 8 turut menahan dua pemandu lori bagi membantu siasatan berkaitan kes tersebut.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 8 Pengkalan Chepa, Superintendan Muhammad Shamsuddin berkata, sepasukan anggotanya terserempak dengan dua buah lori dipandu dalam keadaan mencurigakan ketika sedang melakukan rutin rondaan.

“Kedua-dua lori itu kemudian telah masuk ke dalam sebuah stor yang terletak berhampiran Kampung Simpangan.

“Hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua boleh lori itu membawa kepada penemuan sebanyak 77 bungkusan guni berwarna putih dipercayai mengandungi pakaian terpakai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhammad, pemeriksaa lanjut diteruskan di kawasan sekitar stor oleh anggota PGA sebelum berjaya menjumpai sebanyak 203 lagi bungkusan guni putih.

Katanya, kesemua barangan rampasan termasuk kenderaan dan dua pemandu lori di serahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk siasatan lanjut.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati salah seorang pemandu postif dadah jenis Methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI