fbpx
Kanak-kanak berusia lima tahun berdepan detik cemas apabila jari manisnya tersepit rantai basikal dalam kejadian di Taman Mawar, Pasir Gudang, semalam.

Jari manis tersepit rantai basikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terpaksa menahan sakit selepas jarinya tersepit di rantai basikal miliknya di Taman Mawar, Pasir Gudang di sini semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II, Yusri Atan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 11.44 pagi.

“Setibanya di lokasi, didapati jari manis mangsa tersepit di rantai basikal ketika mangsa sedang bermain.

“Anggota bomba bertindak memotong rantai basikal itu menggunakan ‘bolt cutter’ untuk mengeluarkan jari mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Yusri, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan manakala operasi ditamatkan pada pukul 11.58 pagi. – K! ONLINE